Thursday, February 5, 2009

Gambar-gambar 'Aqeel


aqeel suka sangat dengan saiyaroh(kereta) nak2 kalau kereta tu org punya.
cth : (gambar) keretu tu waseem punya.






aqeel makan manggi sebab lapar sangat





Aqeel suka makan strawberi

Tanamkan sikap membaca sejak kecil

Membaca adalah amalan yang dapat meningkatkan ilmu.Melalui pembacaan, kita menambahkan ilmu seperti kita memberi makanan pada otak kita. Otak perlu digerakkan, pembacaan adalah salah satu faktor otak kita akan aktif bergerak selain berfikir secara kritis.

Oleh itu galakkan anak membaca sejak dari kecil lagi.Menanam sikap membaca pada anak kecil bukannya susah sangat cuma perlukan usaha yang konsisten.Bermula dengan membelikan anak kecil buku yang menarik dan sentiasa membaca buku tersebut bersama anak anda.Lakukan aktiviti membaca bersama keluarga adalah aktiviti harian.Ini dapat membentuk sikap suka membaca sekaligus membantu anak-anak aktif dalam pembelajaran.

Semasa di universiti,salah satu course yang saya ambil ketika diploma ialah “Library play a vital role for nation”. Semasa melalui course tersebut kami dikehendaki menjalani project reading habit. Setelah menjalani kajiselidik,ternyata masyarakat kita khususnya kaum melayu kurang gemar membaca. Hal ini sangat kritikal kerana tahap pembacaan masyarakat kita amat lemah.Boleh dikatakan 80% murid-murid sekolah tidak suka membaca hasil dari borang pinjaman buku di perpustakaan-perpustakaan sekolah.Selain itu tahap pembacaan dikalangan pelajar-pelajar universiti juga tidak kurang hebatnya. Salah satu faktornya mungkin ia tidak bermula menanam suka membaca sejak kecil.Bak kata pepatah melayu,melentur buluh biar dari rebungnya…

Semenjak ini,saya sendiri mengalami situasi kurang membaca. Oleh hal demikian, kuranglah proses mengakifkan otak. Dengan azam baru saya tanamkan agar sikap membaca akan menular didalam keluarga.Bermula dari proses membaca dengan anak pertama sehinggalah seterusnya. Cita-cita ini agar suatu hari di rumah kami sendiri akan ada library yang efision buat kami sekelurga membuat kajiselidik juga menambahkan ilmu.Sekarang ini pun aqil anak kami mula menunjukkan minat pada buku,mudah-mudahan besar nanti aqil suka membaca.

Aqil bakal jadi abang yang penyayang dan seorang pemimpin.....doakan ye..



Baby....baby...baby.... sambil mencium-cium perut ini aqil memanggil baby dalam perut...Agaknya aqil dah tak sabar nak ada kawan.Baru-baru nie kami menziarahi kak ina dan baby sarah yang baru 18hari lahir. Ketika menziarahi baby sarah,aqil tidur dan bangun bila kami dah nak pulang.Bila nak balik tu aqil nampak baby disebelahnya...mula-mula dia rasa pelik tapi sebab orang menyuruhnya cium baby ,dia pun cium dalam keadaan mamai2 tu...Pastu lak tak putus2 cium baby sarah...tu la first time aqil cium baby real (sebelum nie cium gambar je) sejak aku disahkkan mengandung.

Aqil sekarang setahun 10bulan,lagi 2 bulan menjejak ke 2 tahun.Tak lama pastu ada adik lak....ketika itu aqil dalam lingkungan 2tahun 5bulan....Aku risau lak...bukan apa,aqil kadang2 baik jika jumpa budak.Kadang2 lak sangat ganas sehingga membuatkan budak tu nangis.Contah wasim,kekadang boleh je main..tapi kekadang suka buat hal...aqil-aqil.....nak jadi abang nie kami selalu pesan pada aqil.

Semasa mula-mula aku dicheck pregnancy test,kami sangat happy dan bersyukur sebab bakal mendapat anak lagi...Tapi sekarang mood happy dah takde...biasala..morning sickness dah tiba.Tak larat dah nak layan kerenah aqil yang membosankan nie..sekarang nie aqil duk ngan baba jela...biar baba layan.hang nak makan,minum susu,mandi,main dan tidur biarla baba buat.Mama dah tak larat ...loya-loya lak bila bau aqil yang buruk.Tambahan lak aku sekarang tak leh masuk dapur dan membuat kerja2 rumah...pening2 dan loya nie bertambah2...Sian baba,kena buat semua keje.Dari masak,membasuh dan mengemas juga penjagaan aqil semua baba bereskan....MasyaAllah...

Mama...mama...mama...tu la rintihan aqil.selalunya semua benda aku akan buatkan untuk aqil.Tapi kali ini aku malas nak layan.Aqil lak masih taknak berenggang dengan ku...mungkin sebab masih tak habis menyusu.Jadi dia masih bergantung susu badan ku.Walaupun 60% aqil dah menyusu botol tapi masih belum melepas dengan ku....Sabar jela aku nie...dalam keadaan ku sekarang nie memang susah sikit nak sabar sebab rasa sakit disetiap sudut badan nie...Baba hanya menyokong,tunggu la..lepaskan aqil bila umur dia cukup 2tahun...aku dah tak sabar2 nak suruh aqil masuk umur 2 tahun..

Mama doa moga suatu hari nanti aqil menjadi seorang abang yang penyayang juga seorang pemimpin yang baik yang menonjolkan contoh2 baik buat adik2nya....Amin