Thursday, February 5, 2009

Tanamkan sikap membaca sejak kecil

Membaca adalah amalan yang dapat meningkatkan ilmu.Melalui pembacaan, kita menambahkan ilmu seperti kita memberi makanan pada otak kita. Otak perlu digerakkan, pembacaan adalah salah satu faktor otak kita akan aktif bergerak selain berfikir secara kritis.

Oleh itu galakkan anak membaca sejak dari kecil lagi.Menanam sikap membaca pada anak kecil bukannya susah sangat cuma perlukan usaha yang konsisten.Bermula dengan membelikan anak kecil buku yang menarik dan sentiasa membaca buku tersebut bersama anak anda.Lakukan aktiviti membaca bersama keluarga adalah aktiviti harian.Ini dapat membentuk sikap suka membaca sekaligus membantu anak-anak aktif dalam pembelajaran.

Semasa di universiti,salah satu course yang saya ambil ketika diploma ialah “Library play a vital role for nation”. Semasa melalui course tersebut kami dikehendaki menjalani project reading habit. Setelah menjalani kajiselidik,ternyata masyarakat kita khususnya kaum melayu kurang gemar membaca. Hal ini sangat kritikal kerana tahap pembacaan masyarakat kita amat lemah.Boleh dikatakan 80% murid-murid sekolah tidak suka membaca hasil dari borang pinjaman buku di perpustakaan-perpustakaan sekolah.Selain itu tahap pembacaan dikalangan pelajar-pelajar universiti juga tidak kurang hebatnya. Salah satu faktornya mungkin ia tidak bermula menanam suka membaca sejak kecil.Bak kata pepatah melayu,melentur buluh biar dari rebungnya…

Semenjak ini,saya sendiri mengalami situasi kurang membaca. Oleh hal demikian, kuranglah proses mengakifkan otak. Dengan azam baru saya tanamkan agar sikap membaca akan menular didalam keluarga.Bermula dari proses membaca dengan anak pertama sehinggalah seterusnya. Cita-cita ini agar suatu hari di rumah kami sendiri akan ada library yang efision buat kami sekelurga membuat kajiselidik juga menambahkan ilmu.Sekarang ini pun aqil anak kami mula menunjukkan minat pada buku,mudah-mudahan besar nanti aqil suka membaca.

No comments:

Post a Comment