Saturday, January 31, 2009

Tarbiah Anak di usia kecil


Sering kali kita berfikir bagaimana hendak mendidik anak kita menjadi anak yang soleh solehah.Tentunya setiap pasangan mengidamkan anak soleh kerana itulah bekalan kita di akhirat kelak.Kerana itu ramai yang berusaha mencari jalan bagaimana untuk mendidik anak mereka sejak lahir lagi.Walhal begitu,tak terlepas juga ada pasangan yang berpendapat melahirkan anak di tanah suci menjadi faktor anak akan menjadi soleh.Ini kerana anak itu akan terdidik dengan suasana tanah haram yang menjadi tumpuan manusia beribadat. Ada pun begitu, Diri ku tidak berpendapat begitu,mungkin kerana tanah suci lahirnya Nabi SAW juga tempat sejarah turunnya wahyu menjadikan manusia sibuk mencari bekalan akhirat.Tapi mendapat anak"berkat" mungkin itu sesetengah orang berpendapat lahirnya anak di tanah suci adalah anak "berkat".

Anak kecil yang lahir putih suci bersih harus dicorak dengan tarbiah dan didikan dari ibubapa.Ibubapalah yang mewarnai kehidupan si kecil dengan akhlak solah dan tunjuk ajar agama yang betul. Anak-anak sangat terliti melihat kehiduapan ibubapa mereka kerana mereka lahir hanya mengenali ibubapa mereka sebelum mengenali orang lain disekeliling.

Corak tarbiah anak kecil bermula dengan memperkenalkan anak-anak tentang dunia ciptaan Allah. Mereka sensative melihat persekitaran mereka dan mula belajar untuk mengimaginasi dalam kehidupan mereka. Dunia si kecil berbeza dengan dunia anda,oleh itu anda seharusnya mencipta suasana persekitaran yang sihat untuk anak anda mengenal dan belajar. Biarkan mereka mengexplorasi benda-benda disekeliling anda. Dengan itu mereka akan belajar mengenali.Sekiranya ada sesetengah benda yang negatif atau berbahaya,anda seharusnya memberi penjelasan kepada anak anda tentang perkara tersebut.Contohnya dia bermain pisau anda harus jelaskan pada anak anda yang benda tersebut bahaya dan akan mencederakan mereka.

Persekitraan sihat menlahirkan anak yang cerdas dan cergas. Anak-anak kecil suka bermain dan rutin harian mereka tak lari dari keluar rumah untuk bermain dan berlari. Galakkan anak bermain diluar dan anda sentiasa memerhatikan mereka.Ini Membawa kesan positif terhadap otak mereka kerana otak mereka teransang dengan fizikal dan jasmani yang cergas.

Pemakanan juga penting untuk pembesaran mereka.Membentuk pemakanan yang sihat akan melahirkan karektor anak yang baik.Selain pembinaan otak juga fizikal mereka,pemakanan pemberi tenaga bagi anak-anak yang sedang membesar.

Nukilan ini adalah dari pembacaan majalah Pa&Ma.
Terima Kasih buat Pa&Ma

No comments:

Post a Comment